HP : 016 3828239

1 ) Untuk buka Gelanggang SSGK

2) Membuat rawatan penyakit saperti di bawah

Mati Pucuk , Lemah Tenaga Batin .

Sakit Urat Saraf .


Tercabut Sendi , Patah tulang dan lain lain .

Penyakit Luar Biasa atau masalah kebatinan .

Berpengalaman lebih 20 tahun , merawat beribu orang pesakit lelaki dan perempuan .



Aku

Aku


Sukar untuk aku berputus asa
Mungkin itu aku .

Bila aku mau
Aku sanggup .

Bila aku berkata
Itulah bahasa hati .

Suku abad yang lalu
Ku lahirkan perguruan ini
Cuma aku yang mengerti .

Hari ini dia dikenali
Dan aku lebih mengerti ...




Kau


Kau


Kau adalah mereka
Mereka adalah mereka
Mereka tetap sama .

Ada yang tidak ku kenali
Aku melupai
Ada yang ku kenali
Gerak langkah mu di hati
Hati budi mu di hati .

Aku kenali aku kenali aku kenali
Yang putih tak semesti semuanya putih
Manusia mana ada sempurna .

Ku cuba bersihkan yang hitam
Tapi bolehkah hilang ...







Tahniah !!!


Tahniah !!!


Aku gembira
Pendekar di Gelanggang Utama semakin berkeyakinan .

Berkat usaha bersungguh sungguh anda
Anda semakin cekap .

Aku bangga dengan anda .
Kalau ada orang lama yang berlawan macam orang mabuk .

Sila tumbangkan dia dalam gelanggang .
Anda telah lakukan !!!!
Bagus ! Bagus !
Supaya memberi pengajaran .....




Ku temui

Ku temui


Ramai sudah ku temui
Datang lagi
Pergi lagi .

Semalam bertemu
Hari ini ku kenali
Yang aku kenali kini
Besok belum pasti .

Siapakah sejati .



Pengasas SSGK .
Gelanggang Utama .








Aku yang tersendiri


Aku yang tersendiri .


Akukah hari ini
Sapertikah aku suku abad lalu
Semangat ku lalu berlalu
Semangat ku kini di sini .

Bertemu dan bercantumlah semangat hari ini
Menjadi padu
Menjadi kebal
Menjadi berakal
Gagah perkasa tidak tersasar .

Aku panas membakar sekam
Aku bara membara
Aku api nyala menyala .

Tuhan ku

Akukah api membakar zaman
Atau aku dibakar api zaman berzaman .



Pengasas SSGK
Gelanggang Utama SSGK .





Berdarah gelanggang ku pijak


Selamat datang pendekar ku

Aku mahu beradu tenaga dengan mu
Kulit kulit ku luka tanpa darah
Menitis darah gelanggang yang telah ku pijak
Hati ku tetap kebal .

Andai aku temui kau
Akan ku siat kulit mu
Akan ku bungkus hati ku
Biar kau menjadi aku .


Pengasas SSGK
Gelanggang Utama

Pendekar yang aku nanti


Pendekar ku


Dimana kau
Datanglah pada ku
Andai hancur penumbuk dimamah bisa
Hunuskan keris mu
Aku rindu melihat langkah perkasa mu
Aku mahu lihat darah mu
Bukan untuk tumpah kebumi
Merah menyerlah di sebalik kulit mu
Genggam bara hingga menjadi api
Kau suluh seluruh pelusuk bumi .

Bila di seru nama perguruan mu
Hati mu terbang bagai Helang
Bila diserang kau menjadi kebal
Semangat mu tetap berkobar.

Kaulah pendekar
Hati mu memutuskan rantai
Hati mu tak lemas diselam
Hati mu tak hangus di bakar.

Dua puluh lima tahun
Ku lahirkan Helang Kuntau
Kau tidak bersilat depan ku
Aku ingin menadah titisan darah merah tangan kiri ku
Dalam tapak tangan kanan ku .

Aku ingin minum darah itu bersama usia ku
Semoga aku hidup selama-lamanya
Kerana aku dan perguruan ini ada lah satu .

Aku ingin kau tahu
Aku masih mencari mu
Di sini aku menanti

Kenapa terlalu lambat
Aku lenguh menanti .



Pengasas SSGK

Gelanggang Utama SSGK .



Tali Pinggang Hitam


Gelanggang Utama

Melihat pada kesungguhan mereka berlatih .
Rasanya tak berapa lama lagi beberapa orang akan berjaya
Mendapat Talipinggang Hitam .

Semoga mereka sabar , berani dan iklas .

Tali Pinggang SSGK

Warna Tali Pinggang
Bermula dari Bawah :

1. Putih .

2. Putih Calit Kuning .

3. Kuning .

4 . Kuning Calit Hijau 5 . Hijau .

6 . Hijau calit Biru .

7. Biru .

8 . Merah .
JuruLatih ( Sir )
............................

9 . Hitam Calit Putih Satu

10 . Hitam Calit Putih Dua

11 . Hitam Calit Kuning

Guru ( Master )
............................

12 . Hitam Calit Hijau

13 . Hitam Calit Biru

14 . Hitam Calit Merah Satu

Muhammad Muzakkir Bin Hassan

Timbalan Guru Utama

15 . Hitam Calit Merah Dua

Hassan Bin Husin
Guru Utama
Pengasas SSGK .

Catatan Rasmi oleh Guru Utama
Tarikh : 28 . 3 . 2010 .




Pembatalan Talipinggang SSGK

Tali pinggang SSGK yang telah di miliki oleh seseorang akan di batalkan oleh Guru Utama jika di dapati seseorang itu :

1. Terlibat dengan jenayah.

2. Melakukan pencabulan seks . Di dalam atau di luar gelanggang .

3. Melakukan perkara 2 yang boleh menjatuhkan SSGK .

Siasatan akan di buat oleh Guru utama atau di buat oleh siapa 2 yang di lantik oleh Guru Utama .

Catatan rasmi Guru Utama . 29.3.2010 .