HP : 016 3828239

1 ) Untuk buka Gelanggang SSGK

2) Membuat rawatan penyakit saperti di bawah

Mati Pucuk , Lemah Tenaga Batin .

Sakit Urat Saraf .


Tercabut Sendi , Patah tulang dan lain lain .

Penyakit Luar Biasa atau masalah kebatinan .

Berpengalaman lebih 20 tahun , merawat beribu orang pesakit lelaki dan perempuan .



Pendekar yang aku nanti


Pendekar ku


Dimana kau
Datanglah pada ku
Andai hancur penumbuk dimamah bisa
Hunuskan keris mu
Aku rindu melihat langkah perkasa mu
Aku mahu lihat darah mu
Bukan untuk tumpah kebumi
Merah menyerlah di sebalik kulit mu
Genggam bara hingga menjadi api
Kau suluh seluruh pelusuk bumi .

Bila di seru nama perguruan mu
Hati mu terbang bagai Helang
Bila diserang kau menjadi kebal
Semangat mu tetap berkobar.

Kaulah pendekar
Hati mu memutuskan rantai
Hati mu tak lemas diselam
Hati mu tak hangus di bakar.

Dua puluh lima tahun
Ku lahirkan Helang Kuntau
Kau tidak bersilat depan ku
Aku ingin menadah titisan darah merah tangan kiri ku
Dalam tapak tangan kanan ku .

Aku ingin minum darah itu bersama usia ku
Semoga aku hidup selama-lamanya
Kerana aku dan perguruan ini ada lah satu .

Aku ingin kau tahu
Aku masih mencari mu
Di sini aku menanti

Kenapa terlalu lambat
Aku lenguh menanti .



Pengasas SSGK

Gelanggang Utama SSGK .



Tali Pinggang SSGK

Warna Tali Pinggang
Bermula dari Bawah :

1. Putih .

2. Putih Calit Kuning .

3. Kuning .

4 . Kuning Calit Hijau 5 . Hijau .

6 . Hijau calit Biru .

7. Biru .

8 . Merah .
JuruLatih ( Sir )
............................

9 . Hitam Calit Putih Satu

10 . Hitam Calit Putih Dua

11 . Hitam Calit Kuning

Guru ( Master )
............................

12 . Hitam Calit Hijau

13 . Hitam Calit Biru

14 . Hitam Calit Merah Satu

Muhammad Muzakkir Bin Hassan

Timbalan Guru Utama

15 . Hitam Calit Merah Dua

Hassan Bin Husin
Guru Utama
Pengasas SSGK .

Catatan Rasmi oleh Guru Utama
Tarikh : 28 . 3 . 2010 .




Pembatalan Talipinggang SSGK

Tali pinggang SSGK yang telah di miliki oleh seseorang akan di batalkan oleh Guru Utama jika di dapati seseorang itu :

1. Terlibat dengan jenayah.

2. Melakukan pencabulan seks . Di dalam atau di luar gelanggang .

3. Melakukan perkara 2 yang boleh menjatuhkan SSGK .

Siasatan akan di buat oleh Guru utama atau di buat oleh siapa 2 yang di lantik oleh Guru Utama .

Catatan rasmi Guru Utama . 29.3.2010 .